Breast Feeding

salam semua....topik ni paling saya suka....untuk memudahkan ibu2 supaya lebih faham tentang penyusuan susu ibu...selepas ini saya sebut PSI ok....saya ringkaskan supaya lebih faham
harapan saya supaya ibu2 semua berjaya dalam psi....amin


Kebaikan susu ibu
Utk ibu:
  • membantu mengecutkan rahim-mengembalikan kpd saiz asal serta mengurangkan pendarahan lepas bersalin
  • mambakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari
  • menjarakkn kehamilan sekiranya menyusu sepenuhnya ( 1st 6 month sahaja)
  • jimat belanja ( ever ready - tak payah beli )
  • mesra alam ( tak payah beli botol susu ) 
Utk bayi :
  • mengandungi nutrient yang diperlukan oleh bayi dlm kadar yg mencukupi. kandungan susu ibu berubah ikut umur bayi
  • susu ibu terutam kolostrum menguatkan sistem imuniti bayi, melindungi dari jangkitan seperti cirit birit, selsema, radang paru paru
  • mencegah alahan eg. asma, ekzema, kolik
  • mengandungi nutrient tertentu utk perkembangan otak, membantu dlm meningkatkan kecerdikan anak anda
  • tidak tercemar ( terus dari badan ibu )
  • suhu yg sesuai pd setiap masa ( ikut suhu badan ibu )
  • keselesaan dan keselamatan emosi bayi
  • hubungan kasih sayang antara ibu dan anak (bonding)

persediaan psi
semasa mengandung -
  •  banyak membaca bahan -bahan berkaitan penyusuan susu ibu,hadir kelas bersama suami ( sori tahun ni dpt buat 2 kali aje ..sbb terlalu sibuk ...insyaallah next year)  masa dtg klnk tu jgn lupa tnya kat nurse bila tarikh kelas ( kalau sy ada..tnya je terus kat saya ..k)
  • kalau beli majalah tu..beli yg berkenaan dengan parenting..cth..motherhood, kehamilan dan anda(kat kedai buku banyak )
  • bincang dengan suami nak bersalin kat mana(kalau boleh di hsptl rakan bayi sebab kat hsptl ni tak dibenarkan ibu2 memberi susu lain selain susu ibu....dgn cara ini ibu2 akan lebih berusaha lagi utk bagi susu ibu ( kalau tak bagi nnti baby lapar)...boleh punya lah...
  • kalau berpantang kat kampung(ada ibu/org yg jaga) lagi senang sebab ibu2 boleh tumpukan perhatian pd baby je..boleh bg susu ibu...rehat cukup ( tak payah fikir nak buat kerja rumah yg lain) sebab kalau kurang rehat pun akan mengganggu penghasilan susu ibu

semasa melahirkan bayi :
  • kalau bersalin di hospital kerajaan, nurse akan letakkan baby kat atas dada ibu utk mendapatkan sentuhan kulit ibu dan bayi kerana deria sentuhan plng kuat lepas 1 , 2 jam kelahiran.
  • ibu perlu bersedia sebab penting memulakan psi 1 hingga 2 jam selepas kelahiran..lepas 2..3 jam baby akan terus tidur lama..
  • semasa bayi menunjukkan tanda2 nak menyusu....mulakan psi...lebih awal mula lebih bnyk susu akan terhasil
selepas bersalin:
  • rooming in ( ibu dan bayi ditempat yg sama) kalau kat hsptl kerajaan lah.senang nak beri susu ibu...kalau kat private mungkin baby kat nursery..so susah sikit nak bagi susu sebb kena jalan sikit ataupun nak kena org lain tolong ambilkan baby...(mengganggu psi)
  • psi ikut kehendak bayi (on demand)..jgn hadkan masa...beri je walaupun baru bagi tak sampai setengah jam...dengan cara ni penghasilan susu akan meningkat sebab semakin kerap bagi semakin bnyk susu terhasil...(8-12 kali sehari.... ibu2 jgn pulak bahagikan 24 jam tu dengan 8 atau 12 tau..ini anggaran aje..)
  • teruskan bila discharge dari hsptl ...

cukup setakat ini dulu...nnti kita belajar yg lain pulak....sampai tamat ....