Monday 12 March 2012

PENYIMPANAN SUSU PERAHAN (storing breast milk)

Tahniah sebab dah berjaya memberi susu ibu dan membuat simpanan susu perahan....let we discuss tentang penyimpanan..
1. simpan susu dlm bekas yg bersih dan bertutup.
2. simpan kuantiti yg mencukupi utk seiap penyusuan.
3. tulis tarikh dan masa.
4. simpan dlm kuantiti yg berlainan utk setiap bekas ( eg: 2oz, 3oz, 4oz ....)
5. tempoh simpanan bergantung kpd tempat susu disimpan ...spt berikut...

a. suhu bilik(27c) - 4 jam
b. dlm cooler box(16c) dgn ice pack - 24 jam
c. dlm peti ais(compartment biasa) - 3 hingga 5 hari
d. peti ais 1 pintu (dingin beku) - 2 minggu
e. peti ais 2 pintu (dingin beku ) - 3 bulan
f. deep freezer tahan selama 6 bulan dan lebih jika suhu kekal 0c

* tidak digalakkan menyimpan susu perahan di bahagian pintu peti ais

.............HABIS.........................
                   

Wednesday 29 February 2012

PEMBERIAN SUSU IBU MELALUI CAWAN

Cara nak bagi susu melalui cup ni senang ...ikut steps:
1. Gunakan cawan kecil ( anggaran 1 - 2 oz ). cawan mestilah fleksible & senang dilentur (spout shape )
    cawan tak ada yg spesifik...kadang2 kat rumah memang dah ada.tak payah beli.jimat duit

2. Kita perlukan beberapa cawan size tersebut..tuangkan susu perahan ke dlm beberapa cawan..tujuannya supaya tidak mengganggu penyusuan ( kalau ada satu cawan pun k juga..tapi nnti baby menangis jika penyusuannya terganggu...kalau bnyk cawan tu kita bleh continue terus.

3. Alaskan bawah dagu baby dgn sehelai towel kecil supaya dpt menyerap susu yg tumpah.Baju pun tak basah nnti.

4. Pegang baby upright position ( macam dlm gambar )

5. Pegang cawan condong sehingga menyentuh bibir baby.

6. Biarkan baby menyedut susu perlahan2. Jangan tuang susu ke dlm mulut baby kerana bleh menyebabkan baby tersedak...SABAR.....

7. Tunggu sehingga baby habiskan susu tersebut...sambung dgn cawan yg lain sehingga baby puas...

selamat mencuba...sukses susu ibu idaman semua....


          

Tuesday 28 February 2012

PERANAN SUAMI MENJAYAKAN PSI

hari ini dah buat posnatal visit 9 buah rumah.....most of them 1st time parents..so simple topic to discuss is...husbands role in psi...



üMembuat pilihan melahirkan anak di Hospital Rakan Bayi

üMenjaga anak yang lain semasa pantang
üBantu isteri menukar lampin anak/ Kejutkan isteri untuk menyusu bayi

üBantu isteri sendawakan bayi (burp)
üJaga emosi isteri semasa pantang

üBantu isteri menyusu di tempat awam

üBantuan kewanganbeli pam, peralatan penyusuan & penyimpanan

üKongsi ilmu dengan kawan

üIkut isteri ke kelas ante natal

Ada banyak lagi...yg penting ni la dulu ok...selamat berkongsi ilmu...
(sorry if not proper way...saya edit dari ceramah saya....nnti boleh dtg kelas kita discuss lagi...)



Thursday 16 February 2012

AMALAN BERTUNGKU UTK IBU SELEPAS BERSALIN

minggu ni bnyk buat lawatan rumah utk ibu lepas bersalin..famous topic to discuss ialah regarding amalan bertungku.

sebenarnya amalan ini adalah tradisi ibu lepas bersalin sejak dulu lagi. tujuannya adalah utk memanaskan badan..perkara yg perlu diambil kira ialah...antara bersalin normal dan pembedahan...ibu yg melalui pembedahan tidak digalakkan kerana boleh mengganggu luka pembedahan ...nampak kat luar dah ok tapi bhgn dlm kita tak nampak kan..so lepas 2 atau 3 minggu boleh tapi jgn sentuh bhgn perut, tungku tempat lain...
untuk ibu yg bersalin normal ok aje...ada ibu tnya adakah ini cara utk mengecutkan rahim? jawapannya tak...sebab rahim akan cepat mengecut semasa ibu2 menyusukan bayi...semasa penyusuan kita akan rasa spt tidak selesa dibhgn perut kan....masa tu lah rahim mengecut....so tak perlu bimbang jika rasa sakit perut semasa penyusuan.....thts all..nak pegi lunch

Friday 3 February 2012

Tanda-tanda bayi dapat cukup susu ibu..


Kat sini ada beberapa cara bagaimana ibu2 dapat memastikan yg bayi mereka dapat susu yg mencukupi ;
a.bayi membuang air kecil sekurang2nya 6-8 kali sehari
b.bayi membuang air besar 2-5 kali sehari
c.air kencing berwarna kuning jernih
d.berat badan meningkat secara konsisten selepas umurnya 1minggu
e.bayi tidur lena
f.bila bangun tidur ia kelihatan cergas dan sihat


sekian....


next......


teknik penyusuan susu ibu yg berkesan
topik ni lagi bagus kalau datang kelas yg kami buat...sebab boleh dengar ceramah dan praktikal sekali......biasannya kami adakan hari sabtu..oleh kerana tempat terhad so...30 perserta je dlm satu masa..
last year kami buat 2 kali sebab tak ada masa dan tak cukup staff...jadi ibu2 yg nak turut serta boleh bg nama kat saya masa dtg klnk follow up...tarikh tak tau lagi la...ok





Banner Mom's breastfeeding



Friday 18 November 2011

1st entry..........

Assalamualaikum.....
dah lama nak create blog ni special for my client @ KKIABTR....tapi tak ada masa...sempena dengan cuti sekolah ni minta tolong my kids tolong buatkan...tq farah..... ibu2 semua boleh baca as a quick references and gain ur knowledge terutama on breast feeding....if anything u want further explaination can ask me in clinic....
Enjoyed ur reading.......